PUASA SYARI'AT, THARAKAT, DAN HAKIKAT
صوم
الشريعة والطريقة
- صوم
الشريعة : ان يمسك عن جميع المؤكولات والمشروبات وكل المناهي من طلوع الفجر الى غروب
الشمس بنية .
- صوم
الطريقة: أن يمسك جميع أعضائه عن المحرمات والمناهي والذمائم مثل : العجب ، الكبر ،
البخل ، وغير ذلك ظاهرا وباطنا فكلها تبطل صوم الطريقة .
أما صوم
الشريعة :مؤقت وصوم الطريقة مؤبد في جميع العمر ، فلذلك قال رسول الله صلى الله عليه
و أله وسلم ‘‘ رب صائم ليس له من صيامه الا الجوع ...‘‘ فلذلك قيل كم من صائم مفطر
وكم من مفطر صائم - أي يمسك أعضائه عن الآثام ، وإذاء الناس بالجوارح كما قال الله
تعالى في الحديث القدسي ‘‘ إن الصوم لي وأنا أجزي به ‘‘ ، وقال تعالى في الحديث القدسي
‘‘ يصيرُ للصائم فرحتان : فرحة عند الإفطار ، وفرحة عن رؤية جمالي ‘‘ .
قال أهل
الشريعة : المراد من الإفطار الأكل عند غروب الشمس ، ومن الرؤية ، روية الهلال في ليلة
العيد . وقال أهل الطريقة : الإفطار عند دخول الجنة بالأكل مما فيها من النعيم ، وفرحة
عند الرؤية - أي عند لقاء الله يوم القيامة - بنظر السر معاينة .
وأما
صوم الحقيقة : فهو إمساك الفؤاد عن محبة ما سوى الله تعالى ، وإمساك السر عن محبة مشاهدة
غير الله كما قال الله تعالى في الحديث القدسي : ‘‘ الإنسان سري وأنا سره ‘‘ والسر
من نور الله تعالى فلا يميل إلى غير الله تعالى وليس له سواه محبوب ومرغوب ومطلوب في
الدنيا والأخرة ، فاذا وقعت فيه محبة غير الله فسد صوم الحقيقة ، فله قضاء صومه ،وهو
أن يرجع إلى الله تعالى ولقائه ، وجزاء هذا الصوم لقاء الله تعالى في الاخرة
Terjemahan.
1. Puasa syariat
Puasa syariat adalah menahan diri daripada makan, minum dan bersetubuh daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
2. Puasa Tharikat
Puasa kerohanian selain yang demikian ditambah lagi memelihara pancaindera dan fikiran daripada perkara-perkara yang keji. Ia adalah melepaskan segala yang tidak sesuai, zahir dan batin. Rosak sedikit sahaja niat mengenainya rosaklah puasa rohani. Puasa syariat terikat dengan masa sementara puasa rohani pula berkekalan di dalam kehidupan sementara ini dan kehidupan abadi di akhirat. Inilah puasa yang sebenar.
Nabi s.a.w bersabda, “Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa daripada puasanya kecuali lapar dan dahaga”. Puasa syariat ada waktu berbuka tetapi puasa rohani berjalan terus walaupun matahari sudah terbenam, walaupun mulut sudah merasakan makanan. Mereka adalah yang menjaga pancaindera dan pemikiran bebas daripada kejahatan dan yang menyakitkan orang lain. Untuk itu Allah telah berjanji, “Puasa adalah amalan untuk-Ku dan Aku yang membalasnya”. Mengenai dua jenis puasa itu Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang berpuasa mendapat dua kesukaan. Pertama bila dia berbuka dan kedua bila dia melihat”. Orang yang mengenali zahir agama mengatakan kesukaan yang pertama itu ialah kesukaan ketika berbuka puasa dan ‘kesukaan apabila mereka melihat’ itu ialah melihat anak bulan Syawal menandakan hari raya. Orang yang mengetahui makna batin bagi puasa mengatakan kesukaan berbuka puasa ialah apabila seseorang yang beriman itu masuk syurga dan menikmati balasan di dalamnya, dan kesukaan yang lebih lagi ialah ‘apabila melihat’, yang bermaksud apabila orang yang beriman melihat Allah dengan mata rahsia bagi hati.
3. Puasa Hakikat
Lebih berharga daripada dua jenis puasa itu ialah puasa yang sebenarnya (puasa hakikat), yaitu mengelakkan hati daripada menyembah sesuatu yang lain dari Zat Allah. Ia dilakukan dengan mata hati buta terhadap semua kewujudan, walaupun di dalam alam rahsia di luar daripada alam dunia ini, melainkan kecintaan kepada Allah, kerana walaupun Allah menjadikan segala-galanya untuk manusia, Dia jadikan manusia untuk-Nya, dan Dia berfirman:
“Insan adalah rahsia-Ku dan Aku rahsianya”. Rahsia itu ialah cahaya daripada cahaya Allah Yang Maha Suci. Ia adalah pusat atau jantung hati, dijadikan daripada sejenis jisim yang amat seni. Ia adalah roh yang mengetahui segala rahsia-rahsia yang hak. Ia adalah hubungan rahsia di antara yang dicipta dengan Pencipta. Rahsia itu tidak cenderung dan tidak mencintai sesuatu yang lain daripada Allah.
Tidak ada yang berharga untuk diingini, tiada yang dikasihi di dalam dunia ini dan di akhirat, melainkan Allah. Jika satu zarah sahaja daripada sesuatu memasuki hati selain kecintaan kepada Allah, maka batallah puasa hakikat. Seseorang perlu memperbaharuinya, menghadapkan segala kehendak dan niat kembali kepada kecintaan-Nya, di sini dan di akhirat. Firman Allah, “Puasa adalah untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya”.